Mediasi adalah pengantara yang memfasilitiasi pihak-pihak untuk perdamaian atau menghentikan pertikaian yang berlaku antara dua pihak atau lebih. Mediasi dalam syarak adalah suatu akad yang menghasilkan persetujuan dan menghilangkan persengketaan yang dilakukan dengan persetujuan kedua-dua pihak.
Mediasi merupakan penyelesaian suatu pertikaian antara dua pihak yang bertikai dalam sesuatu isu dengan mendapatkan persetujuan bersama antara pihak-pihak tersebut secara sukarela tanpa paksaan.
Mediasi dilakukan dalam suatu majlis penuh adab dan penghormatan yang bertujuan perbincangan atau perundingan secara damai antara dua pihak yang bertikai yang diadakan di hadapan Mediator iaitu Pengantara yang bertauliah dengan tujuan untuk mendapatkan persetujuan bersama dalam menyelesaikan isu yang dipertikaikan sebelum tindakan untuk membawa kes tersebut ke peringkat perbicaraan di dalam Mahkamah.
HUJAH PENGUNAAN MEDIASI DALAM AL-QURAN
Terdapat beberapa dalil syarie berkaitan Sulh yang dinyatakan di dalam Al-Quran. Firman Allah S.W.T di dalam Surah Al-Hujrat Ayat 9
وَإِن طَآئِفَتَانِ مِنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ ٱقْتَتَلُوا۟ فَأَصْلِحُوا۟ بَيْنَهُمَا ۖ فَإِنۢ بَغَتْ إِحْدَىٰهُمَا عَلَى ٱلْأُخْرَىٰ فَقَـٰتِلُوا۟ ٱلَّتِى تَبْغِى حَتَّىٰ تَفِىٓءَ إِلَىٰٓ أَمْرِ ٱللَّهِ ۚ فَإِن فَآءَتْ فَأَصْلِحُوا۟ بَيْنَهُمَا بِٱلْعَدْلِ وَأَقْسِطُوٓا۟ ۖ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلْمُقْسِطِينَ ٩
“Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”
Firman Allah S.W.T di dalam Surah An-Nisa Ayat 128:
وَإِنِ ٱمْرَأَةٌ خَافَتْ مِنۢ بَعْلِهَا نُشُوزًا أَوْ إِعْرَاضًۭا فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَآ أَن يُصْلِحَا بَيْنَهُمَا صُلْحًۭا ۚ وَٱلصُّلْحُ خَيْرٌۭ ۗ وَأُحْضِرَتِ ٱلْأَنفُسُ ٱلشُّحَّ ۚ وَإِن تُحْسِنُوا۟ وَتَتَّقُوا۟ فَإِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًۭا ١٢٨
“Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya “nusyuz” (kebencian), atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang sebaik-baiknya), kerana perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai-berai); sedang sifat bakhil kedekut (tidak suka memberi atau bertolak ansur) itu memang tabiat semula jadi yang ada pada manusia. Dan jika kamu berlaku baik (dalam pergaulan), dan mencegah diri (daripada melakukan kezaliman), maka sesungguhnya Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.”
Firman Allah S.W.T di dalam Surah An-Nisa Ayat 114:
۞ لَّا خَيْرَ فِى كَثِيرٍۢ مِّن نَّجْوَىٰهُمْ إِلَّا مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلَـٰحٍۭ بَيْنَ ٱلنَّاسِ ۚ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ ٱبْتِغَآءَ مَرْضَاتِ ٱللَّهِ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًۭا ١١٤
“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.
Selain itu, ada diriwayatkan bahawa Saidina Umar Al-Khattab r.a. berkata:

Kata-kata Saidina Umar ini diucapkan di hadapan para sahabat dan tiada siapapun yang membantahnya. Dengan ini bermakna ulama’ Islam mencapai kata sepakat bahawa Mediasi menjadi salah satu bentuk rundingan yang dibenarkan oleh Syarak.


Add a Comment