Mediator dan Peguam adalah kerjaya yang nyata mempunyai fungsi perbezaan. Mediator adalah pihak-pihak yang terlibat dalam proses Mediasi yang merupakan sukarela,tidak formal, flexible dan rahsia. Sedangkan Peguam adalah Pihak yang mewakili anda untuk tuntutan untuk dibawa ke Mahkamah. Kedua-dua entiti ini seharusnya berbeza agar mengelakkan konflik kepentingan.
Tegasnya, anda tidak memerlukan perwakilan undang-undang sebelum Mediasi dan sepanjang proses Mediasi. Mediator yang pakar akan membantu ada dan memfasilitasi anda berkomunikasi agar lebih rasional dan mendalami keadaan atau konflik kemudian pihak-pihak secara bersama akan menyediakan atau menyuarakan pendamaian atau perjanjian penyelesaian atau tanpa perjanjian.
Mediasi juga ada proses bersama antara pihak-pihak tidak seperti konflik yang dibawa ke Mahkamah yang bersifat berlawanan. Kebersamaan dan sifat sukarela dan neutral ini banyak memberi kesan yang positif dan ketenangan dalam menyelesaikan masalah.
Peguam dalam prosiding penyelesaian akan memfokuskan membawa pembelaan untuk satu pihak dan dibawa ke hadapan hakim di hadapan mahkamah yang memerlukan proses litigasi dan harus berpandukan arahan dan kaedah yang dibawa peringkat Mahkamah. Berbanding Mediator dan pihak-pihak dan tidak terikat kepada mana-mana prosedur ianya lebih fleksibel dan mengambil masa yang singkat bergantung kepada keadaan dan keperluan pihak-pihak.
Dalam Proses Mediasi dan Litigasi kedua-duanya adalah proses mendapatkan keadilan dan proses yang sah dalam undang-undang bagi mendapatkan penyelesaian.
Walau bagaimanapun, dalam proses mediasi adalah amat disyorkan agar anda mendapat input sebelum mediasi agar pihak-pihak lebih jelas dengan kebaikan dan implikasi memastikan bahawa anda mempunyai sesi mediasi yang berkesan, anda mungkin ingin berunding dengan peguam sebelum Mediasi untuk membincangkan hak dan tanggungjawab anda dan akibat undang-undang kemungkinan terma penyelesaian yang boleh diperoleh daripada prosedur Mediasi yang dikendalikan oleh Mediator.
Selain itu, mempunyai peguam bersama anda semasa sesi Mediasi juga mempunyai kebaikan kerana anda mungkin ingin berunding dengan peguam anda mengenai syarat penyelesaian atau meminta peguam anda menyemak perjanjian penyelesaian sebelum anda menandatanganinya. Sekiranya anda memutuskan untuk tidak membawa peguam bersama anda semasa pengantaraan, sekurang-kurangnya, anda sentiasa disyorkan untuk mendapatkan nasihat undang-undang untuk mengetahui tentang hak dan tanggungjawab anda sebelum Mediasi bermula, dan sekali lagi selepas itu, sebelum ini untuk menandatangani perjanjian penyelesaian.
Kesimpulan
Mediasi sentiasa berbaloi untuk dicuba. Paling baik, Mediasi akan menghasilkan penyelesaian secara baik atau pihak-pihak lebih mengetahui kedudukan masing-masing semasa mereka meneruskan proses penyelesaian pertikaian. Manfaatkan sepenuhnya Mediasi anda dengan berunding dengan peguam yang biasa dengan bidang undang-undang yang berkenaan dengan pertikaian anda, mediasi dan proses penyelesaian.
Mediasi juga adalah kaedah penyelesaian yang sangat disyorkan dalam Islam bahkan ia lebih membawa ketenangan bagi pihak-pihak.




