PENGENALAN

Qalbycare Mediation Center (disebut sebagai ‘QMC’) adalah satu Pusat Mediasi yang ditubuhkan berwawasan terhadap Akta Mediasi 2012 yang menerajui Mediasi sebagai salah satu proses penyelesaian litigasi di Malaysia. QMC  dengan gagasan dan idea yang telah diketengahkan oleh Pihak kami mengharapan agar Mediasi menjadi platfrom penyelesaian undang-undang yang berkredibiliti di Malaysia.

QMC mempunyai visi yang sangat jelas agar masyarakat melihat Mediasi sebagai platfrom yang pantas dicapai oleh mereka ketika berhadapan dengan konflik dan pertikaian dalam apa jua skop dan aspek kehidupan; tanpa perlu terus melalui proses keadilan diperingkat mahkamah yang boleh diatasi dengan mengadakan Mediasi yang berkesan dan proses keadilan dua pihak yang saksama.

Kepentingan masyarakat juga lebih cakna terhadap keperluan Mediasi dalam proses mendapatkan keadilan dan pendamaian secara telus dan pantas adalah sangat efektif. Dimana QMC adalah satu pusat yang memfokuskan kredibiliti dan professionalisme dalam profesion undang-undang dengan hanya memfokuskan mediasi sebagai platform penyelesaian pertikaian.

Gagasan harapan dan idea ini adalah agar masyarakat dapat berhadapan masalah dengan rasional diperingkat yang mudah dan pantas. Akses dibuat agar masalah tidak berlanjutan dan memberi solusi yang berkesan dalam menghadapi konflik mereka atau hubungan antara organisasi dan selain itu.

Harapan ini juga adalah agar banyak kes yang boleh diselesaikan diperingkat awal dan mengurangkan tumpukan kes di Mahkamah Malaysia. Selain mendapatkan kestabilan dalam pelbagai faktor seperti masa, wang dan psikologi pihak-pihak dalam tempoh masa yang pendek tanpa perlu menunggu lama. Keutamaan ini lah yang menjadikan QMC ke depan dengan solusi efektif dengan memperkenalkan QMC antara akses capaian yang dikenali dan pilihan no 1 mereka dalam berhadapan konflik.

Justeru, Gagasan ini adalah darsawarsa yang besar di pihak QMC agar mediasi mendapat tempat terbaik di mata masyarakat dalam masa hadapan juga dapat mengubah ekosistem perundangan yang lebih stabil dengan adanya mediasi yang berkesan terhadap keperluan masyarakat yang akan dapat memberi kesan yang sangat positif bukan sahaja kepada diri tetapi keseluruhannya.